Monday, August 25, 2008

Sabah Malaysia -Land Below The Wind Travel Itinerary (Sempena Perkahwinan Mohd Abdul Hadi Bin Ismail)

13.08.2008 (Rabu) Day 1

3.00pm – I left Pasir Puteh Kelantan driving the "on ground aeroplane" (as it is called by Khairul) to Seremban together with my wife, Tini dan Asyraf. On the way I fetched my nieces Syakirah and Madihah at R n R Gua Musang as promised. Khairul who is teaching in Jerek has to continue his jurney to Kota Bharu to fetch Mek and Nenek.

We reached Seremban sharp at 1 o'clock in the morning. I felt so tired. Morever the day before yesterday I drove from Ipoh to Pasir Puteh. And now from Pasir Puteh to Seremban. Namun begitulah lumrah saya sebenarnya setiap hujung minggu memandu dari ipoh balik ke Pasir Puteh memandangkan isteri dan anak-anak masih tinggal di Pasir Puteh.


14.08.2008 (Khamis) Day 2

4.00am – It's 4.00am and I only slept not more than 2 hours, saya terpaksa bangun juga. Soon we have to go to the Air Port. Lucky the kids didn't make much trouble.

5.00am – Bertolak dari Seremban Ke KLIA dihantar oleh Watie adik ipar saya. Walaupun pesawat akan berlepas 7.30 pagi tapi saya pastikan supaya tiba di KLIA sekurang-kurangnya 45 minit sebelum berlepas. Selepas check in bargasi terus pergi sembahyang subuh dan masuk ke balai berlepas.

7.00am. Kami menaiki pesawat MAS MH2604. Seperti biasa setiap kali menaiki kapal terbang, Tini dan Asyraf pasti akan bergaduh berebut tempat duduk di tepi tingkap. Oleh kerana Tini yang dapat dulu maka terpaksalah saya berjanji penerbangan balik nanti Asyraf yang akan duduk di tepi tingkap pula. Bagusnya Syakirah memberikan adiknya Madhihah tempat duduk tepi tingkap (Walaupun sepanjang penerbangan mereka tidur sahaja tapi sepatutnya begitulah seorang kakak)

7.30am. – Pesawat berlepas ke Kota Kinabalu. Mek, Nenek dan Khairul akan menaiki Pesawat MAS MH2616 pukul 2.15 ptg nanti. Apa boleh buat tak dapat menaiki pesawat yang sama maklumlah penerbangan tambang murah MAS RM0.00. Bayaran yang dikenakan setiap seorang cuma RM120 penerbangan dari KL ke Kota Kinabalu mestilah susah nak dapat. Murah tu.

10.05am – Tiba di Kota Kinabalu. Sebaik sahaja keluar dari Air Port kami terus menaiki teksi ke Center Point. Shoping sikit sambil menunggu Adi.

1.00pm- Adi tiba, tetapi terpaksa pula menunggu kawannya. Setelah kawan Adi tiba kami dibawa ke Pasar Filifina. Seronok lah Ina dapat menghabiskan beberapa ratus ringgit membeli mutiara, tapi bagi saya beli emas lagi baik. Mutiara begitu apalah nilainya selepas dipakai seketika.

4.00pm – Menaiki bas ke rumah Ust Rusli di Keningau. Syakirah dan Madhihah ditinggalkan bersama Adi kerana kumpulan Mek tidak akan terus ke Keningau sebaliknya mereka akan bermalam di rumah kawan Adi dan akan terus ke Kundasang saja.

6.30pm – Tiba di Keningau dijemput oleh Cik La. Rusli tidak ada di rumah kerana masih di UIA ada kuliah. Walaupun badan penat namun sepanjang perjalanan langsung tak dapat tidur.

15.08.2008 (Jumaat) Day 3

8.15am – Menghantar Cik La ke sekolah yang jaraknya lebik kurang 10km dari rumah kerana hari ini saya perlu menggunakan Vivanya untuk ke Taman Pertanian Tenom.

9.00am – Bertolak ke Tenom. Hafizah, Husna dan Hamidah ikut sama. Memang saya mahukan begitu supaya Tini dan Asyraf dapat lebih mengenali sepupu-sepupu mereka. Di Taman Pertanian Tenom (jaraknya 45km dari Keningau) tidak ramai pengunjung. Maklumlah hari kerja. Tapi bagus juga kerana tidak perlu bersesak. Setelah berjalan sedikit melihat beberapa jenis taman bunga, saya berpatah balik ke pintu masuk untuk menaiki train yang disediakan. Mana mungkin berjalan dengan membawa 6 orang ank-anak yang kecil begini. Hafizah menjadi pemandu pelancong. Sibuk bercerita tentang pokok ajaib yang mana buahnya dapat menuteralkan rasa masam buah lain. Sewaktu kami berhenti di taman yang ada buah tersebut, saya ikut merasanya. Dan memang terbukti, beberapa minit setelah memakan buah tersebut, buah belimbing besi boleh dimakan tanpa berkerut dahi.

1.00pm – Sudah terlalu penat berjalan di Taman yang begitu luas, kami keluar. Lagipuan saya kesian pada Hamidah yang kelihatan begitu penat sekali. Maklumlah dia yang paling muda.

2.00pm. Oleh kerana Cik La belum pulang dari sekolah, saya terus pergi menjemput beliau dan terus ke KFC bagi mengisi perut anak-anak yang telah lapar kepenatan akibat lawatan di Taman Tenom..


16.08.2008 (Sabtu) Day 4

9.00am. Bertolak ke Ranau dengan menaiki “bas” yang sebenarnya hanyalah sebuah van buruk yang sendat dengan penumpang. Seperti kelmarin, perjalananya melalui bukit bukau. Takkala hampir tiba ke Ranau, pemangangan indah Gunung Kinabalu mula kelihatan. Hati saya begitu teruja apatah lagi saya amat meminati gunung ganang. Sewaktu di unuversiti dahulu banyak puncak gunung yang telah saya tawan termasuklah gunung Mulu di Sarawak. Cuma Gunung Kinabalu saja belum berjaya ditawan lantaran masa dan kos. Namun niat untuk menawan puncak Kinabalu tidak pernah terpadam dari hati saya.

12.00pm. Tiba di Ranau. Ternyata Adi dan Khairul lewat menjemput kami. Apabila mereka tiba di Ranau, kami terus dibawa ke Kawasan Rekreasi Air Panas Poring. Oleh kerana pengunjung terlalu ramai saya dan Ina tidak langsung beremdam dalam air panas sebaliknya kami menaiki jambatan gantung atau kanopi. Penat sungguh mendaki bukit dan seterunya menaiki kanopi yang tergantung di atas pokok-pokok di lereng bukit, tapi pengalaman sebegini sukar dicari.
Dalam perjalanan balik kami berpeluang melihat Bunga Raflesia yang sedang berkembang. Walaupun bayaran yang dikenakan agak mahal sebayak RM15.00 seorang oleh “penjaga” bunga tersebut (terletak di belakang rumah mereka – kata Adi bayar sajalah lagipun mereka bukan orang kaya, anggap saja sedekah) namun berbanding dengan pengalaman melihat sendiri bunga tersebut nilai RM15.00 bukanya seberapa. Apatah lagi Tini yang begitu teruja dan amat kagum dengan bunga tersebut saya rasa berbaloi.

5.00pm. Kami tiba di Kundasang. Udara sejuk di Kundasang begitu menyergarkan. Panorama yang berlatar belakangkan Gunung Kinabalu amat indah sekali. Tini tidak habis-habis berkata “wow cantiknya” Memandangkan hari sudah lewat petang, Adi terus mengajak kami ke Kinabalu Park bagi melihat pemandangan di kaki Gunung Kinabalu tempat permulaan pendakian. Berdiri di Platfom peninjau di pintu masuk ke Gunung Kinabalu dan memandang kebawah melihat permulaan trek pendakian hati bagai ingin menjejaki trek tersebut menuju puncaknya. Saya pasangkan niat suatu hari nanti puncak Kinabalu pasti saya tawan juga.

7.00pm. Kami semua bermalam di rumah Ustaz Fazli di Kundasang. Kahairul yang penah mengajar di Kundasang selama beberapa tahun sebelum berpindah ke Jerek di Gua Musang mempunyai ramai kenalan di sini. Sejuknya di sini umpama berada di puncak Genting.


17.08.2008 (Ahad) Day 5

4.30am – Bagun dan menunaikan solat subuh. Awalnya subuh di sini. Jam 6.00pagi sudah cerah. Selepas sarapan masing-masing bersiap untuk majlis perkahwinan Adi. Setelah semua berkumpul kami semua bertolak ke rumah pengantin perempuan di kampong Ntah apa ke namanya, Kampung Tagoden Lama kot sebab itu yang saya ingat. (Ada satu pintu gerbang dengan nama tu sewaktu dalam perjalanan). Perjalanan memakan masa lebih kurang 45 minit melalui lereng-lereng bukit dan sebahagian jalan yang tidak berturap. Rombongan kami di sambut dan di arak kumpulan pemain Gong yang berada di atas sebuat lori kecil. Tangkai hati ini bagi digaru ingin ketawa tapi saya tahan kerana menumpang kereta orang dan tidak mahu dikatakan sebagai mentertawakan tradisi orang di sini. Sebaik sahaja kami tiba di rumah pengantin perempuan, kami disambut pula dengan paluan kompang. Dari rumah pengantin perempuan berarak pula ke masjid bagi majlis akad nikah. Budak-budak pemain kompang ni tak boleh tengok muka Adi. Asal tengok je muka Adi terus di ketuk kompang-kompangnya. Agak lawak juga aku rasa, apatah lagi seingat aku dalam perkahwinan adik beradik kami belum ada yang begini. Bukan sekadar bahasa yang berbeza malah adat dan budaya juga berbeza. Dah tu jauh di pergunungan. Begitulah jodoh kata orang.

11.30am – Majlis akad nikah berlangsung. Dengan penuh semangat dan sekali lafaz sahaja maka sahlah kedua mempelai diijab Kabul sebagai suami isteri. Semoga Adi dan Azlina akan bahagia selamanya hingga ke anak cucu.

2.30pm – Tiba di rumah penginapan Ustaz Fazli. Saya, Ina, Tini dan Asyraf di hantar oleh khairul ke Ranau untuk mengambil “bas” ke Kota Kinabalu. Terima Kasih ustaz Fazli sekeluarga.

4.00pm. “Bas” bertolak meninggalkan Ranau dan Kundasang. Sayup-sayup Gunung Kinabalu ditinggalkan. Insyaallah suatu hari nanti kami akan datang lagi.

6.30pm. – Tiba di Kota Kinabalu terus dihantar oleh pemandu bas yang baik hati ke hotel penginapan kami Casero Inn.


18.08.2008 (Isnin) Day 6

9.00am – Sekali lagi kami pergi ke Pasar Filifina. Walaupun saya rasa agak penat namun demi isteri tersayang terpaksa pergi juga. Lagipun ole-ole dari Sabah mesti dibeli untuk di bawa pulang.

12.30pm – Check out dari Casero inn dan terus menuju ke Air Port.

3.45pm. – Berlepas dengan Pesawat Air Asia AK5101 menuju ke Kuala Lumpur. Nasib baik kami adalah yang terawal menaiki pesawat jadi Tini dan Asyraf masing-masing dapat duduk di tepi tingkap.

6.15pm. Tiba di KLIA-LCC Terminal. Dijemput oleh ayah dan balik ke Seremban.


19.08.2008 (Selasa) Day 7

9.00am. – Bertolak balik ke Ipoh. Dalam perjalanan singgan di Shah Alam sebab Ina nak shoping baju raya.

6.00pm. Tiba di Ipoh.


20.08.2008 (Rabu) Day 8

2.00 pm – Bertolah balik ke Pasir Puteh Kelantan.

P.s Klik di sini untuk lihat sebahagian lagi gambar-gambar yang lain sambil mendengar lagu Sayang Kinabalu. Dan klik di sini untuk lihat gambar-gambar dalam fotopages

Saturday, August 23, 2008

Yue Liang Dai Biao Wo De Xin lyric and translation.

Yue Liang Dai Biao Wo De Xin is translated as "The Moon Represents My Heart". The verry first time I hear this song is not quite long ago and sung by our beloved singer Datuk Siti Nurhaliza. At that time I did'nt understand anthing at all except a few words that i.e wo = I, ai = love, ni = you. Wo ai ni. Though I like this song much. When I moved to Ipoh which is always assosiated with chinese people, I tried to be close and understand this song. For those who don't understand Mandarin or those who like to learn Mandarine through songs, I posted here the song's lyric and the translation.


Yue Liang Dai Biao Wo De Xin
(1) ni wen wo ai ni you duo shen
You ask me how deep is my love to you
(2) wo ai ni you ji fen
How much that I love you
(3) wo de qing ye zhen
My feeling is real
(4) wo de ai ye zhen
My love is real
(5) yue liang dai biao wo de xin
The moonlight represents my heart
Repeat 1, 2, 3, 4, and 5
(6) qing qing de yi ge wen
A softly kiss
(7) yi jin da dong wo de xin
Had already get in my heart
(8) shen shen de yi duan qing
A short but deeply feeling
(9) jiao wo si nian dao ru jin
Teach me to remember till this present day
Repeat 1 and 2
(10) ni qu xiang yi xiang
You go and think about it
(11) ni qu kan yi kan
You go and find abou it.

Repeat 5,
Repeat 6, 7, 8, and 9
Repeat 1, 2, 10 and 11



Click here to watch Datuk Siti Nurhaliza and Lee Hom sing this song and here to watch Teresa Teng

Friday, August 8, 2008

HOW TO APPLY TO BE A MAGISTRATE (Part 2)

Why do you want to be a magistrate? A lawyer who is also my friend once asked me, “is it cool being a magistrate?” So I take this opportunity without answering to the questions, to cotinue what I've written before on how to apply to be a magistrate. As a general guidlines if you are really interested in becoming a magistrate, then consider 3 facts below:

Firstly, as I wrote in the first part, a magistrate is one of the officers under the Pegawai Undang-Undang (PUU) Scheme. Therefore when you fill up the SPA8 form, ask for the post of PUU and not the post of magistrate because there are no magistrates post in the SPA8 Form.

Secondly, every PUU is subjected to be transfered to any other post under the Legal and Judicial Service at any time laterally or on promotion.

Thirdly, when you apply for the Legal and Judicial Officer post usually you don't know what designation you will be given until you are called to report duty. Generally speaking, there is no direct application to be a magistrate. At least not during my time. However, times changed. Maybe nowadays you may apply directly to be a magistrate but as far as I know nowadays you only may choose between the Judiciary or the Legal side. The judiciary means the court which include magistrate and Seniour Assistant Registrar at the bottom and the legal side is under the Attorney General Chambers which includes Deputy Public Prosecutor, Legal Assistant, Federal Counsel, ect.

For your information, for the time being, there are only two post grades for majistret iaitu gred L41 dan Gred L44. Mungkin nanti akan ada Gred L48 untuk jawatan majistret tapi tak tahulah bila. Gaji seorang majistret adalah hampir sama dengan gaji kakitangan kerajaan yang lain yang sama gred jawatannya. Bermakna gaji seorang majistret (PUU) hampir sama dengan gaji seorang guru atau Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). Untuk lihat jadual gaji jawatan-jawatan dalam kerajaan sila buat carian “jadual gaji…”

I think that's all for the time being. Darr..

Wednesday, July 30, 2008

HOW TO APPLY TO BE A MAGISTRATE (Part 1)

Yesterday I received a phone call from one of my ex-attachment student asking me how to apply to be a magistrate. She was then a UITM undergraduate doing her attachment when I was a magistrate in Pasir Puteh Kelantan. As far as I remember, I’ve explained to her about this matter during the attachment. Thus, almost all students who did the attachment with me, I gave the same explanation. So I answered her question that she must apply to the post using the SPA8 Form which could be obtained from SPA. Unfortunately she said that this is not about the SPA. She was looking for Palace Of Justice web page because according to her that would be more direct. Not totally understand with what she said, I texted her with a simple and short text http://theereis.blogspot.com/ that is my own blog which contain a short entry which I posted purposely to answer her quest on looking the Palace Of Justice web page. The post title is How Do I Apply To Be A Magistrate. The entry may be seen under this entry. Of course at that time I was a little bit upset because I’ve explained that to be a magistrate, you must first apply to be a Legal Officer (Pegawai Undang-undang- PUU) using SPA8 Form. Clearly she has forgotten lots of things that have been taught by me. But now the situation might has changed. As far as I know, at the time of writing this entry anybody who wish to be a magistrate may apply directly to Chief Registrar of the Federal Court's Office. But still I can not guarantee that you will get the post since there is a policy that new legal officers won't be appointed as magistrates. Instead they will be appointed as A Seniour Assistant Registrar.(SAR)

Okay, now let me further explain briefly here how to apply for the magistrate post. I hope this would be a helpful information especially for those who wants to be a magistrate and to all Laws Graduates.

The first thing in becoming a magistrate is to have graduated from laws school with laws degree from any certified universities. During my time we have to wait for the PUU job vacancies advertisement in local newspaper and after that fill up the SPA8 Form and then wait for the interview.

Even though it looks easy, but belive me that at that time it not easy to be a magistrate because when you apply to the PUU post you cannot simply choose what designation you want. This is merely because the Magistrate post is subjected under the Legal Officer Scheme or Skim Perkhidmatan Pegawai Undang-Undang (PUU). It includes both legal and judicial departments. Therefore, if there are some job vacancies advertisement, the advertisement would state more or less like this “JAWATAN KOSONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L41…” and not “JAWATAN KOSONG MAJISTRET GRED L41”. But, as I said earlier, this situation might has changed.

Bear in your mind that if you are looking for filling up vacancies in goverment sector to be the government servant your application must be submiited through SPA8 Form. It's wise to know that the form could be submitted at any time without wating for the job vacacies advertisement. It could be submitted by post or by online. But some goverment agencies require you to submit your application directly to them. Meaning to say that if you want to be a mgistrate, you may submit your application directly to Chief Registrar of the Federal Court.

I think it's enaugh for today's entry. I do hope you understand. Inyaallah I will explain further about the PUU in the second part soon. To get the information on SPA8 Form please click here.

Tuesday, July 29, 2008

How Do I Apply To Be A Magistrate

Even if you visit the official site of Federal Court web page, this question has yet to be answered. Basically what you should do is to wait for the job vacancies advertisement in local newpapers or fill up the SPA8 form applying for the post of Pegawai Undang-undang and wait for the interview. You may also submit your application to the Chief Registrar's Office together with you resume applying for the post.

Thursday, July 24, 2008

Sexual Harrassment at Workplace

Pengenalan

Gangguan seksual bukanlah satu isu yang baru, ia telah menjadi isu global yang hangat dibincangkan oleh banyak pihak bukan sahaja di negara ini bahkan di seluruh dunia. Saban hari, terdapat sahaja berita yang membicarakan isu ini sama ada melalui media elektronik atau media cetak. Tentunya terdapat faktor-faktor yang mendorong gangguan seksual ini berlaku. Apabila terjadinya ganguan seksual maka terdapat kesan yang ditanggung oleh mangsa. Kebanyakan keputusan kajian lalu menyatakan bahawa mangsa dikatakan berasa tidak selamat berada di tempat kerja atau mengalami tekanan psikologi sehingga menganggu kehidupan seharian mereka[1]. Kesan langsung dan tidak langsung daripada tindakan yang tidak bermoral ini akhirnya dikaitkan dengan rendahnya prestasi mangsa dan kerugian yang perlu ditanggung oleh organisasi[2].

Maksud Gangguan Seksual

Konsep gangguan seksual telah dibincangkan oleh banyak pihak yang memberikan definisi berbeza. Kesukaran mendapatkan satu definisi yang boleh diterima semua pihak adalah kerana kekaburan jenis tingkah laku yang boleh dilabelkan sebagai berunsur seksual. Terdapat banyak definisi gangguan seksual. Antara definisini gangguan seksual ialah gangguan yang melibatkan kata-kata yang berunsur lucah dan mempunyai hasrat terselindung untuk melakukan seks, termasuk merogol[3].

Kod Amalan Untuk Mencegah Dan Membasmi Gangguan Seksual Di Tempat Kerja (Persekutuan Majikan Malaysia, 1999) yang dilancarkan oleh Kementerian Sumber Manusia pula mendefinisikan gangguan seksual sebagai perlakuan-perlakuan seperti menjilat bibir atau makan dengan cara menggoda boleh dianggap sebagai gangguan seksual. Kod amalan tersebut juga menjelaskan bahawa gangguan seksual bermakna tingkah laku seksual yang tidak diingini dan tidak disenangi oleh mangsa

Berdasarkan kod amalan tersebut, gangguan seksual dibahagikan kepada dua iaitu Gangguan secara langsung dan gangguan secara tidak langsung. Gangguan secara langsung bermaksud pengenaan syarat berbentuk seksual ke atas pekerjaan atau istilahnya quid pro quo. Quid pro quo berlaku apabila sasaran dijangka akur dengan tingkah laku gangguan seksual kerana mengharapkan ganjaran seperti kenaikan pangkat atau mengelakan daripada ancaman yang lebih teruk. Ia melibatkan pengaruh kuasa dimana majikan atau pegawai atasan mempunyai kuasa mengambil dan memberhentikan pekerja. Jika pekerja itu tunduk kepada kehendak majikannya, dia akan dinaikan pangkat atau menerima gaji yang lebih lumayan. Walaubagaimanapun sekiranya pekerja tersebut menolak kehendak majikannya, dia akan kekal dengan kedudukan yang ada sampai bila-bila masa atau dibuang kerja.

Manakala gangguan seksual secara tidak langsung pula merupakan perlakuan yang dilakukan sama ada secara lisan, isyarat, visual, psikologi dan fizikal. Contoh-contoh perlakuan gangguan seksual secara tidak langsung adalah seperti kata-kata, perbuatan menjilat bibir, memegang atau memakan makanan dengan cara menggoda, isyarat tangan atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seks, menunjukan bahan-bahan lucah, melukis gambar lucah, mengulangi jemputan sosial yang telah ditolak dan melakukan sentuhan yang tidak diingini seperti menepuk, mencubit, mengusap, menggesel badan, memeluk, mencium dan meraba.

FAKTOR-FAKTOR KENAPA Gangguan seksual BOleh berlaku di pejabat.

Secara tadisinya bidang pekerjaan didominasikan oleh kaum lelaki. Perkembangan dalam bidang pekerjaan telah membawa perubahan dalam peranan tradisi lelaki dan wanita yang mana ia telah meningkatkan pertambahan peluang pekerjaan kepada golongan wanita. Semakin ramai wanita telah menyertai bidang pekerjaan yang pada masa lalu secara tradisinya dikuasai oleh kaum lelaki. Dengan perkembangan ini, kedudukan kaum lelaki telah mula berubah. Maka, gangguan seksual adalah salah satu hasil daripada perubahan ini. Apabila gangguan seksual dilakukan oleh pekerja lelaki terhadap pekerja wanita ia adalah tindakan balas dari kehilangan kuasa. Apabila dilakukan oleh pekerja wanita terhadap pekerja lelaki ia boleh jadi merupakan satu tindakan balas atau perbuatan untuk menunjukan kuasa “baru”.[4]

Bolehlah dirumuskan bahawa berlakunya perlakuan gangguan seksual tempat kerja ada kaitanya dengan peluang pekerjaan yang diberikan kepada kaum wanita. Pertambahan bilangan pekerja wanita dalam industri pekerjaan telah mencabar kedudukan dan status pekerja lelaki. Secara tidak langsung, sesetengah pekerja lelaki sanggup melakukan tingkah laku gangguan seksual sebagai cara untuk merendahkan maruah pekerja wanita.

Dalam sesebuah organisasi, faktor organisasi itu sendiri boleh menyebabkan berlakunya gangguan seksual di pejabat. Ini adalah diakibatkan daripada peluang-peluang tertentu yang terhasil daripada pembentukan struktur organisasi, iaitu melalui hierarki dan hubungan autoriti yang khusus yang mana, individu boleh menggunakan kuasa atau statusnya untuk mendapatkan kepuasan seksual daripada orang bawahannya. Ia bukan sahaja dilakukan oleh kaum lelaki ke atas kaum wanita, tetapi keadaan yang sebaliknya juga boleh berlaku.

Gangguan seksual adalah satu fenomena sosial yang melibatkan kuasa dan pengaruh pihak pengurusan atasan, ketua, penyelia atau supervisor yang bercanggah dengan etika dan moral di tempat kerja. Disebabkan kuasa dan pengaruh golongan ini dalam organisasi, mereka yang menjadi mangsa gangguan seksual terpaksa tunduk kepada kehendak pegawai atasan. Rasa bimbang dan takut kehilangan kerja menyebabkan mangsa terpaksa merahsiakan sahaja gangguan seksual yang dihadapi dan dilakukan oleh ketua atau pihak yang berkuasa dalam organisasi.

Gangguan seksual yang berlaku di tempat kerja juga berhubung rapat dengan infrastruktur tempat kerja. Antaranya ialah hubungan dalam integrasi jantina dan nisbah jantina. Integrasi jantina bermaksud sesuatu jenis pekerjaan yang memerlukan pekerjanya bekerja secara bersendirian, berpasangan atau berkumpulan. Manakala faktor nisbah jantina pula merujuk kepada situasi yang mana bilangan individu dalam pekerjaan itu biasanya terdiri daripada lebih satu golongan jantina. Contohnya, sesebuah organisasi atau kumpulan kerja yang mempunyai lebih ramai pekerja lelaki berbanding pekerja wanita. Ini menyebabkan gangguan seksual akan menjadi kerap berlaku dalam organisasi kerja yang sebegini.

Dalam budaya kita lelaki dianggap sebagai pemerintah dan masyarakat secara umumnya harus mengesahkan pemerintahannya. Sehubungan dengan itu, individu dalam masyarakat telah disosialisasikan untuk memainkan peranan mereka. Golongan wanita telah dilatih untuk bersifat lembut dan mengelakan konflik serta bertanggungjawab kepada apa yang berlaku ke atas dirinya. Maka pekerja wanita yang sering menjadi mangsa gangguan seksual seharusnya bersikap positif dan menerima apa sahaja yang berlaku ke atas diri mereka. Di sini jelas wujudnya diskriminasi jantina di mana kaum lelaki beranggapan diri mereka dominan lalu menganggap kaum wanita sebagai lemah dan boleh ‘diapa-apakan’. Sikap ini perlu diketepikan oleh kaum lelaki supaya suasana harmoni di tempat kerja dapat dipertingkatkan. Golongan lelaki perlu memandang wanita sebagai makhluk yang perlu dihormati seperti mereka menghormati diri mereka sendiri.

Gangguan seksual boleh juga berpunca daripada tindakan yang dilakukan oleh individu atas dorongan seks yang bersifat semulajadi. Terdapat perbezaan yang begitu ketara dari segi sifat kejadian lelaki dan perempuan yang mencorakkan perkembangan dorongan seks secara semulajadi. Perkembangan ini juga mempengaruhi biologikal dan tingkah laku seksual yang berbeza di antara lelaki dan wanita. Dari segi biologikal, lelaki mempunyai keadaan fizikal yang tegap dan kuat. Keadaan ini boleh mendorong lelaki menggunakan kekuatan fizikalnya untuk bertindak ganas terhadap wanita, khususnya dalam melakukan bentuk-bentuk gangguan seksual.

Secara semulajadi, individu akan terpikat dengan individu yang berlainan jantina. Ia boleh dikaitkan dengan keinginan seks. Dorongan keinginan dan keperluan seksual lelaki menyebabkan kaum wanita sentiasa terdedah kepada pelbagai ancaman dan gangguan seksual, termasuk kejadian kegananasan kes rogol, sodomi, penganiayaan dan pembunuhan terhadap wanita. Kaum lelaki sering kali melayan wanita sebagai alat seks untuk memenuhi keperluan nafsu seksual mereka yang tidak terkawal dan adakalanya bersifat ganas.[5]

Dari segi perkembangan wanita, watak, tingkah laku, sifat fizikal dan biologikal serta bentuk seksualiti tubuh badan wanita yang dijadikan begitu menonjol memberi pengaruh seksualiti yang tinggi kepada lelaki. Kebanyakan wanita yang peka dengan keindahan, kecantikan, keanggunan dan personaliti kewanitaannya lebih suka menonjolkan pengaruh seksual. Pengaruh seksual wanita dapat dijadikan tarikan untuk memikat dan menarik minat lelaki terhadapnya. Pengaruh seksualiti terhadap kehidupan manusia mencakupi suatu dimensi yang luas meliputi perkembangan tingkah laku, personaliti, kebahagiaan, emosi, moral, kemuliaan, rasa dihargai dan sebagainya. Oleh yang demikian, seksualiti wujud dalam pemikiran manusia, tidak kira sama ada lelaki ataupun wanita yang mendorong ke arah pencapaian keinginan dan matlamat hidup yang baik atau sebaliknya.

Pemikiran seksual (sexual mind) lelaki mendorong tingkah laku seksual yang tidak sihat, termasuk melakukan gangguan seksual sama ada di tempat kerja ataupun di mana sahaja jika terdapat peluang melakukan gangguan seksual terhadap wanita. Amat sukar untuk menghakis pemikiran seksual dan pelbagai tingkah laku yang mendedahkan wanita kepada gangguan dan ancaman seksual di mana-mana sahaja dalam masyarakat.

Personaliti seseorang individu juga boleh menjadi punca kepada gangguan seksual. Personaliti merupakan satu konsep yang digunakan apabila menggambarkan diri seseorang. Pada umumnya, personaliti bermaksud memperihalkan ciri-ciri yang dimiliki oleh seseorang individu secara khusus seperti cara ia berfikir, bereaksi, beremosi, berpersepsi dan lain-lain yang membolehkannya dibezakan dengan orang lain. Dengan perkataan lain, personaliti memperihalkan sifat-sifat fizikal, emosi dan kognitif seseorang individu. Sehubungan dengan itu personaliti pelaku dan mangsa itu sendiri boleh menyebabkan terjadinya gejala gangguan seksual. Sebagai contohnya wanita yang digolongkan sebagai seksi lebih terdedah menjadi mangsa gangguan seksual[6]. Begitu juga pekerja wanita yang mudah menjadi mangsa gangguan seksual ialah yang masih bujang ataupun janda.

Tidak boleh disalahkan kesemuanya kepada keterampilan atau perawakan wanita yang menyebabkan berlakunya gangguan seksual. Kebanyakan aspek tingkah laku manusia mencerminkan personaliti mereka. Apabila seseorang itu bertingkah laku agreasif adalah dikatakan mempunyai personaliti agresif. Oleh yang demikian dapat kita fahami bahawa terdapat hubung kait personaliti dengan perlakuan seseorang yang melakukan tindakan yang berbentuk jenayah. Orang yang mempunyai personaliti bermasalah seperti ketagihan seks, fobia seks, dan seks maniac mempunyai tendensi yang tinggi melakukan gangguan seksual[7].

Cara-cara untuk mengatasi gangguan seksual di pejabat.

Tingkah laku gangguan seksual telah menimbulkan kemelut dalam masyarakat yang mementingkan nilai-nilai murni termasuklah masyarakat negara ini. Justeru itu, banyak pihak terutama pertubuhan wanita, kesatuan sekerja, pertubuhan hak asasi manusia, organisasi bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan antarabangsa, telah memberi reaksi positif ke atas cadangan supaya membendung masalah ini. Antara cara-cara mengatasi gangguan seksual adalah seperti berikut:

1. Menerima pakai Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual Yang Berlaku di Tempat Kerja dan mewujudkan polisi dalaman.

Melalui Kementerian Sumber Manusia, kerajaan telah mewartakan satu kod amalan yang dikenali sebagai Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual Yang Berlaku di Tempat Kerja pada 17 Ogos 1999. Pentingnya kod amalan ini adalah untuk memudahkan masyarakat memahami makna gangguan seksual dan sebagai panduan untuk mengenal tingkah laku-tingkah laku yang berbaur seksual. Di samping itu, kod amalan ini bertujuan memberi garis panduan kepada majikan bagi menubuhkan mekanisme dalaman di peringkat organisasi untuk mencegah dan membasmi gangguan seksual di tempat kerja Kod Amalan ini seharusnya diterima pakai oleh semua organisasi pekerjaan. Walaubagaimanapun, selain dari menggunapakai Kod Amalan ini, sesebuah organisasi boleh juga memperkenalkan polisi dalam menangani gejala gangguan seksual. Sesebuah organisasi boleh mengawal satu langkah penting dalam menyediakan situasi kerja yang selamat dan menyenangkan dengan cara melaksanakan polisi gangguan seksual yang utuh[8]. Polisi sebegini hendaklah ditujukan kepada semua pekerja. Sesiapa yang didapati melanggar polisi tersebut dan jika siasatan mendapati aduan adalah benar, tindakan segera mestilah diambil bagi menghentikan gangguan seksual tersebut dari terus berlaku.

2. Mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan seharian.

Gangguan seksual merupakan tingkah laku yang tidak bermoral yang mana boleh merendahkan kehormatan kedua-dua mangsa dan pelaku. Dalam memeriahkan kehidupan di alam maya ini, setiap individu lelaki dan perempuan perlu saling memelihara akhlak antara satu sama lain selaras dengan didikan dan ajaran agama. Setiap orang jangan memberi peluang dalam hatinya dan dalam getaran kalbunya walaupun sedikit kecenderungan untuk menunaikan keinginan nafsu termasuklah melakukan gangguan seksual. Dengan mengambil ajaran Islam, sekiranya dihayati dan diamalkan boleh mengelakkan berlakunya gangguan seksual. Antara ajaran dan amalan Islam yang boleh dilakukan adalah seperti memelihara aurat, mengelak daripada melakukan perbuatan bersuka-suka dan bermain-main yang boleh membinasakan akhlak dan meransang syahwat, menjaga adab pergaulan dan sebagainya. Kalaulah penegasan Islam ini dituruti oleh setiap pekerja, secara tidak langsung mereka tidak akan berkecenderungan melakukan tingkah laku gangguan seksual.

3. Memberikan pendidikan dan kesedaran tentang konsep gangguan seksual.

Berdasarkan kajian, kebanyakan laporan tentang kes gangguan seksual yang berlaku adalah disebabkan oleh kekaburan dalam mentafsir gangguan seksual itu sendiri[9]. Ini bukan sahaja berkaitan dengan pengetahuan malah lebih menjurus kepada persepsi atau tanggapan mangsa sendiri. Oleh kerana kekaburan makna gangguan seksual itu maka individu mentafsir gangguan seksual itu mengikut pendapat mereka sendiri. Oleh itu sudah semestinya wujud tanggapan dan persepsi yang berbeza di antara setiap mangsa dalam organisasi. Maka hal inilah yang akhirnya menyebabkan perlakuan gangguan seksual berterusan berlaku di tempat kerja.

Kefahaman mangsa dan pelaku tentang konsep gangguan seksual seringkali terbatas. Kebanyakan pekerja sama lelaki atau wanita beranggapan bergurau senda sambil menyentuh anggota badan yang tidak sulit adalah perkara biasa. Walau bagaimanapun bagi sesetengah pekerja wanita, mereka berasa kurang senang dengan perbuatan tersebut. Justeru itu, pihak bertanggungjawab seperti media, mangsa sendiri dan pihak berkuasa perlu perbanyakan sebaran maklumat mengenai pengertian gangguan seksual supaya semua masyarakat terutamanya pekerja industri dan organisasi memahami erti sebenar terma gangguan seksual ini. Terdapat banyak lagi kaedah yang boleh digunakan untuk menyebarkan maklumat perlakuan gangguan seksual ini seperti menggunakan poster, iklan, hebahan di televisyen dan sebagainya. Latihan kefahaman konsep gangguan seksual menerusi seminar atau bengkel-bengkel perlu diperbanyakan dan dipermudahkan kepada orang ramai menyertai supaya terma gangguan seksual ini difahami oleh semua lingkungan masyarakat.

Pendidikan merupakan satu kaedah yang terbaik membangunkan kesedaran dan meningkatkan kefahaman setiap individu terhadap masalah gangguan seksual. Kebanyakan negara maju telah memperkenalkan pendidikan seks bagi menimbulkan kesedaran kepada generasi muda mengenai gangguan seksual. Justeru itu sekolah sebagai organisasi sosial perlu menyediakan pendidikan seks ini supaya dapat menyedarkan masyarakat bermula dari bangku sekolah lagi.

Selain itu, masyarakat awam termasuk pekerja-pekerja perlu diberi pendidikan bagi tujuan menyedarkan mereka tentang pelbagai masalah gangguan seksual yang wujud. Peranan media masa, kempen-kempen pencegahan, amaran dan peringatan perlu dilakukan oleh agensi-agensi tertentu seperti Kementerian Penerangan, Kementerian Sumber Manusia, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Persatuan Wanita, NGO dan pelbagai pihak. Pendidikan kepada pihak awam ini perlu diperhebatkan dan diperluaskan supaya masyarakat lebih sensitif terhadap ancaman gangguan seksual dan seterusnya mengambil tindakan membenteras masalah gangguan seksual.

4. Menyediakan khidmat kaunseling.

Bagi menangani masalah gangguan seksual juga, kemudahan khidmat kaunseling perlu diwujudkan di setiap industri dan organisasi bagi membolehkan mangsa gangguan seksual mengadu masalah mereka dan mendapatkan bantuan pakar kaunseling. Peranan kaunseling dalam membantu dan menangani masalah gangguan seksual amat penting dalam masyarakat moden yang mana keadaan hidup dan masalah yang dihadapi begitu rumit dan tidak dapat diselesaikan dengan sendiri. Kaunselor yang profesional, mempunyai latihan dan lesen menjalankan tugas kaunselor mengenai masalah gangguan seksual perlu diwujudkan di setiap industri dan organisasi di seluruh negara. Begitu juga kaunselor Islam yang boleh menguruskan hal-hal gangguan seksual mengikut cara Islam pelu difikirkan dan dirangka dalam menyelesaikan masalah gangguan seksual.

5. Membuat aduan atau laporan kepada pihak yang berkenaan.

Bagi mencegah gangguan seksual dari terus berlaku mangsa hendaklah segera melaporkan kejadian gangguan tersebut kepada majikan atau pihak pengurusan. Jika majikan tidak mengambil sebarang tindakan atau beliau sendiri yang menganggu, minta bantuan daripada pihak lain. Dalam keadaan ini mangsa boleh membuat aduan kepada Jabatan Buruh atau buat laporan polis.

Tindakan mendiamkan diri oleh sesetengah mangsa ini mungkin ada hubungannya juga dengan kurangnya kefahaman tentang maksud konsep ini[10]. Ramai daripada mangsa masih keliru pengertian sebenarnya dan bentuk-bentuk tingkah laku bagaimanakah yang dikatakan sebagai tingkah laku gangguan seksual. Walaupun telah banyak pertubuhan terutamanya pertubuhan wanita, kesatuan sekerja dan badan kerajaan memperkatakan fenomena gangguan seksual melalui saluran media massa sama ada media elektronik ataupun media cetak, namun masih terdapat mangsa yang terdedah kepada fenomena gangguan seksual ini tidak memahami makna sebenar gangguan seksual itu . Dalam erti kata lain, mangsa tersebut tidak atau kurang mempunyai pengetahuan tentang gangguan seksual sama ada dari segi definisi, bentuk gangguan dan kategori gangguan seksual di tempat kerja.

6. Mengadakan undang-undang khusus berkaitan gangguan seksual.

Sehingga sekarang negara kita tidak mempunyai undang-undang yang khusus bagi menangani masalah gangguan seksual. Pengenalan “Kod Amalan untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja” oleh Kementerian Sumber Manusia pada tahun 1999 cuma memberi garis panduan untuk proses semakan dalaman (‘internal inguiry’). Malah setakat bulan Mac 2001, hanya 1.12% syarikat di Malaysia yang mempraktikan Kod ini[11]. Undang-undang yang sedia ada juga tidak mampu untuk menangani masalah gangguan seksual di tempat kerja secara berkesan. Satu Akta Gangguan Seksual mestilah diwujudkan bagi menangani gejala gangguan seksual ini dengan lebih baik. Undang-undang mengenai gangguan seksual mestilah mempunyai dua matlamat penting. Pertamanyan ia mestilah mengkehendaki para pekerja secara proaktif mencegah gangguan seksual dan keduanya ia haruslah menyediakan kepada mangsa satu pembelaan undang-undang.[12]

Kesimpulan

Gangguan seksual tidak boleh dipersepsikan sebagai masalah peribadi dalam sesebuah organisasi. Masalah ini tidak boleh dipandang remeh kerana ia melibatkan masa depan mangsa dan juga imej organisasi. Menangani masalah gangguan seksual adalah tanggungjawab bersama. Reformasi sosial perlu dilakukan bagi meniupkan angin perubahan terhadap peranan wanita yang dinamik dan progresif dalam masyarakat dan di tempat kerja tersebut. Ini adalah kerana wanita adalah sumber manusia yang amat penting kepada pembangunan negara dan bangsa.

Usaha perlu dibuat bagi meningkatkan nilai-nilai dan tingkah laku yang teratur dan bertanggungjawab. Nilai-nilai murni seperti nilai kemanusiaan, nilai kasih sayang, nilai moral dan etika, nilai bertanggungjawab, dan sebagainya perlu dipertingkatkan supaya perlakuan dan tingkah laku gangguan seksual tidak terus menjalar dalam masyarakat. Nilai hidup yang baik dapat memelihara masyarakat daripada melakukan gangguan seksual yang bertentangan dengan norma hidup yang perlu dipertahankan.

Bibliografi

Abdul Rahim Rashid, (2003), Gangguan Seksual : Pengurusan Tingkahlaku dan Perkembangan Gender Dalam Organisasi, Kuala Lumpur, Utusan Publication & Distribution Sdn Bhd.

Ahmad Shamsul Abdul Aziz, (2005) Undang-undang Gangguan Seksual di Malaysia, PTS Prefessional Publishing Sdn Bhd.

Cecilia Ng, (2003) A Pineering step, Sexual Harassment and the Code of Practice in Malaysia, Women’s Development Collective.

Clark, (1998) Terdapat di laman web http://www.actdirect.com/html

Hazel Houghton, James, (1995) Sexual Harassment, Cavendish Publishing Limited.

J.E. Gruber, L. Bjorn (1982). The Sexual Harassment of Women Outoworker. Sage Journals, no 9, 271-295.

Kementerian Sumber Manusia. (1999) Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja.

L. Juliana dan H. Elizabeth Doucet. (1992.) Sexual Harassment In Workplace : A Guide To Prevention. Crisp Publications, Inc Los Altos, Callifornia

Md Shah, Ishak and Ab Rahman, Hamidah and Ashari, Hapriza and Mohd Khalid, Aminah (2004) Gangguan Seksual Di Tempat Kerja: Kajian Ke Atas Mangsa Dan Pelaku Di Sekitar Johor Bahru, Johor. Project Report. Universiti Teknologi Malaysia. (Unpublished) boleh didapati di http://eprints.utm.my/2702/1/71958.pdf

Sabhita Marican (1999). Persepsi Terhadap Gangguan Seksual di Tempat Kerja Di Kalangan Pentadbir di Sektor Awam. Sintok: Universiti Utara Malaysia boleh didapati di laman web http://mgv.mim.edu.my/MMR/0106/010607.htm

Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman. Aurat: apa sudah jadi? Boleh didapati di laman web http://hikmatun.wordpress.com/2007/02/15/aurat-apa-sudah- jadi/ muat turun pada Ogos 2007

WCC Penang. (2001). A Memorandum on Proposed Sexual Harassment Bill. Boleh didapati di laman web http://www. wccpenang.org




[1] Ishak Bin Mad Shah.(2004). Gangguan seksual di tempat kerja: kajian ke atas mangsa dan pelaku di sekitar Johor Bharu, Johor. Boleh didapati di laman web http://eprints.utm.my/2702/1/71958.pdf

[2] Dansky dan Kilpatrik.(1997) boleh didapati di laman web http://findarticles.com/p/articles/

mi_m2294/is_1- 2_53/ai_n15975466

[3] J.E. Gruber, L. Bjorn (1982). The Sexual Harassment of Women Outworker. Sage Journals, no 3, 271-298

[4] L. Juliana dan H. Elizabeth Doucet. (1992.) Sexual Harassment In Workplace : A guide to prevention. Crisp Publications, Inc Los Altos, Callifornia

[5] Abd. Rahim Abd. Rashid. (2003.) Gangguan seksual: pengurusan tingkah laku dan perkembangan Gender Dalam Organisasi. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

[6] Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman. Aurat: apa sudah jadi? Boleh didapati di laman web http://hikmatun.wordpress.com/2007/02/15/aurat-apa-sudah-jadi/ muat turun pada Ogos 2007

[7] Abd. Rahim Abd. Rashid. (2003.) Gangguan seksual: pengurusan tingkah laku dan perkembangan Gender Dalam Organisasi. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

[8] L. Juliana dan H. Elizabeth Doucet. (1992). Sexual Harassment In Workplace: A guide to prevention.

[9] Sabhita Marican (1999). Persepsi Terhadap Gangguan Seksual di Tempat Kerja Di Kalangan Pentadbir di Sektor Awam. Sintok: Universiti Utara Malaysia

[10] Sabhita Marican (1999). Persepsi Terhadap Gangguan Seksual di Tempat Kerja Di Kalangan Pentadbir di Sektor Awam. Sintok: Universiti Utara Malaysia

[12] WCC Penang. (2001). A Memorandum on Proposed Sexual Harassment Bill. Boleh didapati di laman web http://www. wccpenang.org

Tuesday, May 20, 2008

SUPER MUM.




Fatimah Yusof, (seated, centre) sharing a light moment with seven of her 16 children at her home in Kg Padang Bongor, Kota Baru yesterday.
KOTA BARU: If there was a prize for successfully raising a large family, Fatimah Yusof, 58, would surely win. She and her late husband Ismail Abdullah had 16 children - 11 of them boys.
And despite living on the meagre RM400 a month allowance Ismail received as the imam of the Padang Bongor mosque, each one received a tertiary education or is studying now. Since her husband died eight years ago, Fatimah has raised all of them on her own.She got married at 16 and had her first child a year later. After that, she gave birth to the rest until she was 42.The couple eked out a living by planting vegetables around the house and rearing chickens and ducks.
"The children weren't fussy about food and ate whatever was on the table. They always listened to us."Their father was only strict about the boys going to the mosque with him for prayers and performing other religious obligations," she said.Her sixth child, Mohd Rusli Ismail, 32, a lecturer at the Keningau Teachers' Institute in Keningau, Sabah, said his parents did not push him and his siblings to study hard."I think we all understood our responsibilities. We seldom went out to play or watch television." Mohd Rusli is now doing his master's in Arabic at the International Islamic University Malaysia (IIUM). Four of his siblings are there as well - Mohd Yazid, 24, is studying economics; Siti Sarah, 23, Arabic; Siti Aishah, 22, psychology and Siti Zakiah, 21, is doing her matriculation.The eldest, Lukman, 41, graduated from Universiti Teknologi Mara (UiTM); Mohd Azmi, 39, Universiti Sains Malaysia; Mohd Jurik, 38, UiTM; Mohd Sobri, 36, IIUM; Mohd Khairul Bahari, 34, Jordan; Khairul Anuar, 30, UiTM; Mohd Juneed, 28, Jordan; Mohd Shahruddin, 27, and Mohd Abdul Hadi, 26, Al-Azhar University in Egypt. The two youngest girls, Radhiah, 18, and Nor Suhaila, 17, are studying at the Maahad Muhammadi here. Most of the children are married and living all over the country, while the younger ones are at university."I'm with the two youngest children, mostly. The last time we all managed to get together was for Hari Raya two years ago," said Fatimah, who has 20 grandchildren.