Wednesday, July 30, 2008

HOW TO APPLY TO BE A MAGISTRATE (Part 1)

Yesterday I received a phone call from one of my ex-attachment student asking me how to apply to be a magistrate. She was then a UITM undergraduate doing her attachment when I was a magistrate in Pasir Puteh Kelantan. As far as I remember, I’ve explained to her about this matter during the attachment. Thus, almost all students who did the attachment with me, I gave the same explanation. So I answered her question that she must apply to the post using the SPA8 Form which could be obtained from SPA. Unfortunately she said that this is not about the SPA. She was looking for Palace Of Justice web page because according to her that would be more direct. Not totally understand with what she said, I texted her with a simple and short text http://theereis.blogspot.com/ that is my own blog which contain a short entry which I posted purposely to answer her quest on looking the Palace Of Justice web page. The post title is How Do I Apply To Be A Magistrate. The entry may be seen under this entry. Of course at that time I was a little bit upset because I’ve explained that to be a magistrate, you must first apply to be a Legal Officer (Pegawai Undang-undang- PUU) using SPA8 Form. Clearly she has forgotten lots of things that have been taught by me. But now the situation might has changed. As far as I know, at the time of writing this entry anybody who wish to be a magistrate may apply directly to Chief Registrar of the Federal Court's Office. But still I can not guarantee that you will get the post since there is a policy that new legal officers won't be appointed as magistrates. Instead they will be appointed as A Seniour Assistant Registrar.(SAR)

Okay, now let me further explain briefly here how to apply for the magistrate post. I hope this would be a helpful information especially for those who wants to be a magistrate and to all Laws Graduates.

The first thing in becoming a magistrate is to have graduated from laws school with laws degree from any certified universities. During my time we have to wait for the PUU job vacancies advertisement in local newspaper and after that fill up the SPA8 Form and then wait for the interview.

Even though it looks easy, but belive me that at that time it not easy to be a magistrate because when you apply to the PUU post you cannot simply choose what designation you want. This is merely because the Magistrate post is subjected under the Legal Officer Scheme or Skim Perkhidmatan Pegawai Undang-Undang (PUU). It includes both legal and judicial departments. Therefore, if there are some job vacancies advertisement, the advertisement would state more or less like this “JAWATAN KOSONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L41…” and not “JAWATAN KOSONG MAJISTRET GRED L41”. But, as I said earlier, this situation might has changed.

Bear in your mind that if you are looking for filling up vacancies in goverment sector to be the government servant your application must be submiited through SPA8 Form. It's wise to know that the form could be submitted at any time without wating for the job vacacies advertisement. It could be submitted by post or by online. But some goverment agencies require you to submit your application directly to them. Meaning to say that if you want to be a mgistrate, you may submit your application directly to Chief Registrar of the Federal Court.

I think it's enaugh for today's entry. I do hope you understand. Inyaallah I will explain further about the PUU in the second part soon. To get the information on SPA8 Form please click here.

Tuesday, July 29, 2008

How Do I Apply To Be A Magistrate

Even if you visit the official site of Federal Court web page, this question has yet to be answered. Basically what you should do is to wait for the job vacancies advertisement in local newpapers or fill up the SPA8 form applying for the post of Pegawai Undang-undang and wait for the interview. You may also submit your application to the Chief Registrar's Office together with you resume applying for the post.

Thursday, July 24, 2008

Sexual Harrassment at Workplace

Pengenalan

Gangguan seksual bukanlah satu isu yang baru, ia telah menjadi isu global yang hangat dibincangkan oleh banyak pihak bukan sahaja di negara ini bahkan di seluruh dunia. Saban hari, terdapat sahaja berita yang membicarakan isu ini sama ada melalui media elektronik atau media cetak. Tentunya terdapat faktor-faktor yang mendorong gangguan seksual ini berlaku. Apabila terjadinya ganguan seksual maka terdapat kesan yang ditanggung oleh mangsa. Kebanyakan keputusan kajian lalu menyatakan bahawa mangsa dikatakan berasa tidak selamat berada di tempat kerja atau mengalami tekanan psikologi sehingga menganggu kehidupan seharian mereka[1]. Kesan langsung dan tidak langsung daripada tindakan yang tidak bermoral ini akhirnya dikaitkan dengan rendahnya prestasi mangsa dan kerugian yang perlu ditanggung oleh organisasi[2].

Maksud Gangguan Seksual

Konsep gangguan seksual telah dibincangkan oleh banyak pihak yang memberikan definisi berbeza. Kesukaran mendapatkan satu definisi yang boleh diterima semua pihak adalah kerana kekaburan jenis tingkah laku yang boleh dilabelkan sebagai berunsur seksual. Terdapat banyak definisi gangguan seksual. Antara definisini gangguan seksual ialah gangguan yang melibatkan kata-kata yang berunsur lucah dan mempunyai hasrat terselindung untuk melakukan seks, termasuk merogol[3].

Kod Amalan Untuk Mencegah Dan Membasmi Gangguan Seksual Di Tempat Kerja (Persekutuan Majikan Malaysia, 1999) yang dilancarkan oleh Kementerian Sumber Manusia pula mendefinisikan gangguan seksual sebagai perlakuan-perlakuan seperti menjilat bibir atau makan dengan cara menggoda boleh dianggap sebagai gangguan seksual. Kod amalan tersebut juga menjelaskan bahawa gangguan seksual bermakna tingkah laku seksual yang tidak diingini dan tidak disenangi oleh mangsa

Berdasarkan kod amalan tersebut, gangguan seksual dibahagikan kepada dua iaitu Gangguan secara langsung dan gangguan secara tidak langsung. Gangguan secara langsung bermaksud pengenaan syarat berbentuk seksual ke atas pekerjaan atau istilahnya quid pro quo. Quid pro quo berlaku apabila sasaran dijangka akur dengan tingkah laku gangguan seksual kerana mengharapkan ganjaran seperti kenaikan pangkat atau mengelakan daripada ancaman yang lebih teruk. Ia melibatkan pengaruh kuasa dimana majikan atau pegawai atasan mempunyai kuasa mengambil dan memberhentikan pekerja. Jika pekerja itu tunduk kepada kehendak majikannya, dia akan dinaikan pangkat atau menerima gaji yang lebih lumayan. Walaubagaimanapun sekiranya pekerja tersebut menolak kehendak majikannya, dia akan kekal dengan kedudukan yang ada sampai bila-bila masa atau dibuang kerja.

Manakala gangguan seksual secara tidak langsung pula merupakan perlakuan yang dilakukan sama ada secara lisan, isyarat, visual, psikologi dan fizikal. Contoh-contoh perlakuan gangguan seksual secara tidak langsung adalah seperti kata-kata, perbuatan menjilat bibir, memegang atau memakan makanan dengan cara menggoda, isyarat tangan atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seks, menunjukan bahan-bahan lucah, melukis gambar lucah, mengulangi jemputan sosial yang telah ditolak dan melakukan sentuhan yang tidak diingini seperti menepuk, mencubit, mengusap, menggesel badan, memeluk, mencium dan meraba.

FAKTOR-FAKTOR KENAPA Gangguan seksual BOleh berlaku di pejabat.

Secara tadisinya bidang pekerjaan didominasikan oleh kaum lelaki. Perkembangan dalam bidang pekerjaan telah membawa perubahan dalam peranan tradisi lelaki dan wanita yang mana ia telah meningkatkan pertambahan peluang pekerjaan kepada golongan wanita. Semakin ramai wanita telah menyertai bidang pekerjaan yang pada masa lalu secara tradisinya dikuasai oleh kaum lelaki. Dengan perkembangan ini, kedudukan kaum lelaki telah mula berubah. Maka, gangguan seksual adalah salah satu hasil daripada perubahan ini. Apabila gangguan seksual dilakukan oleh pekerja lelaki terhadap pekerja wanita ia adalah tindakan balas dari kehilangan kuasa. Apabila dilakukan oleh pekerja wanita terhadap pekerja lelaki ia boleh jadi merupakan satu tindakan balas atau perbuatan untuk menunjukan kuasa “baru”.[4]

Bolehlah dirumuskan bahawa berlakunya perlakuan gangguan seksual tempat kerja ada kaitanya dengan peluang pekerjaan yang diberikan kepada kaum wanita. Pertambahan bilangan pekerja wanita dalam industri pekerjaan telah mencabar kedudukan dan status pekerja lelaki. Secara tidak langsung, sesetengah pekerja lelaki sanggup melakukan tingkah laku gangguan seksual sebagai cara untuk merendahkan maruah pekerja wanita.

Dalam sesebuah organisasi, faktor organisasi itu sendiri boleh menyebabkan berlakunya gangguan seksual di pejabat. Ini adalah diakibatkan daripada peluang-peluang tertentu yang terhasil daripada pembentukan struktur organisasi, iaitu melalui hierarki dan hubungan autoriti yang khusus yang mana, individu boleh menggunakan kuasa atau statusnya untuk mendapatkan kepuasan seksual daripada orang bawahannya. Ia bukan sahaja dilakukan oleh kaum lelaki ke atas kaum wanita, tetapi keadaan yang sebaliknya juga boleh berlaku.

Gangguan seksual adalah satu fenomena sosial yang melibatkan kuasa dan pengaruh pihak pengurusan atasan, ketua, penyelia atau supervisor yang bercanggah dengan etika dan moral di tempat kerja. Disebabkan kuasa dan pengaruh golongan ini dalam organisasi, mereka yang menjadi mangsa gangguan seksual terpaksa tunduk kepada kehendak pegawai atasan. Rasa bimbang dan takut kehilangan kerja menyebabkan mangsa terpaksa merahsiakan sahaja gangguan seksual yang dihadapi dan dilakukan oleh ketua atau pihak yang berkuasa dalam organisasi.

Gangguan seksual yang berlaku di tempat kerja juga berhubung rapat dengan infrastruktur tempat kerja. Antaranya ialah hubungan dalam integrasi jantina dan nisbah jantina. Integrasi jantina bermaksud sesuatu jenis pekerjaan yang memerlukan pekerjanya bekerja secara bersendirian, berpasangan atau berkumpulan. Manakala faktor nisbah jantina pula merujuk kepada situasi yang mana bilangan individu dalam pekerjaan itu biasanya terdiri daripada lebih satu golongan jantina. Contohnya, sesebuah organisasi atau kumpulan kerja yang mempunyai lebih ramai pekerja lelaki berbanding pekerja wanita. Ini menyebabkan gangguan seksual akan menjadi kerap berlaku dalam organisasi kerja yang sebegini.

Dalam budaya kita lelaki dianggap sebagai pemerintah dan masyarakat secara umumnya harus mengesahkan pemerintahannya. Sehubungan dengan itu, individu dalam masyarakat telah disosialisasikan untuk memainkan peranan mereka. Golongan wanita telah dilatih untuk bersifat lembut dan mengelakan konflik serta bertanggungjawab kepada apa yang berlaku ke atas dirinya. Maka pekerja wanita yang sering menjadi mangsa gangguan seksual seharusnya bersikap positif dan menerima apa sahaja yang berlaku ke atas diri mereka. Di sini jelas wujudnya diskriminasi jantina di mana kaum lelaki beranggapan diri mereka dominan lalu menganggap kaum wanita sebagai lemah dan boleh ‘diapa-apakan’. Sikap ini perlu diketepikan oleh kaum lelaki supaya suasana harmoni di tempat kerja dapat dipertingkatkan. Golongan lelaki perlu memandang wanita sebagai makhluk yang perlu dihormati seperti mereka menghormati diri mereka sendiri.

Gangguan seksual boleh juga berpunca daripada tindakan yang dilakukan oleh individu atas dorongan seks yang bersifat semulajadi. Terdapat perbezaan yang begitu ketara dari segi sifat kejadian lelaki dan perempuan yang mencorakkan perkembangan dorongan seks secara semulajadi. Perkembangan ini juga mempengaruhi biologikal dan tingkah laku seksual yang berbeza di antara lelaki dan wanita. Dari segi biologikal, lelaki mempunyai keadaan fizikal yang tegap dan kuat. Keadaan ini boleh mendorong lelaki menggunakan kekuatan fizikalnya untuk bertindak ganas terhadap wanita, khususnya dalam melakukan bentuk-bentuk gangguan seksual.

Secara semulajadi, individu akan terpikat dengan individu yang berlainan jantina. Ia boleh dikaitkan dengan keinginan seks. Dorongan keinginan dan keperluan seksual lelaki menyebabkan kaum wanita sentiasa terdedah kepada pelbagai ancaman dan gangguan seksual, termasuk kejadian kegananasan kes rogol, sodomi, penganiayaan dan pembunuhan terhadap wanita. Kaum lelaki sering kali melayan wanita sebagai alat seks untuk memenuhi keperluan nafsu seksual mereka yang tidak terkawal dan adakalanya bersifat ganas.[5]

Dari segi perkembangan wanita, watak, tingkah laku, sifat fizikal dan biologikal serta bentuk seksualiti tubuh badan wanita yang dijadikan begitu menonjol memberi pengaruh seksualiti yang tinggi kepada lelaki. Kebanyakan wanita yang peka dengan keindahan, kecantikan, keanggunan dan personaliti kewanitaannya lebih suka menonjolkan pengaruh seksual. Pengaruh seksual wanita dapat dijadikan tarikan untuk memikat dan menarik minat lelaki terhadapnya. Pengaruh seksualiti terhadap kehidupan manusia mencakupi suatu dimensi yang luas meliputi perkembangan tingkah laku, personaliti, kebahagiaan, emosi, moral, kemuliaan, rasa dihargai dan sebagainya. Oleh yang demikian, seksualiti wujud dalam pemikiran manusia, tidak kira sama ada lelaki ataupun wanita yang mendorong ke arah pencapaian keinginan dan matlamat hidup yang baik atau sebaliknya.

Pemikiran seksual (sexual mind) lelaki mendorong tingkah laku seksual yang tidak sihat, termasuk melakukan gangguan seksual sama ada di tempat kerja ataupun di mana sahaja jika terdapat peluang melakukan gangguan seksual terhadap wanita. Amat sukar untuk menghakis pemikiran seksual dan pelbagai tingkah laku yang mendedahkan wanita kepada gangguan dan ancaman seksual di mana-mana sahaja dalam masyarakat.

Personaliti seseorang individu juga boleh menjadi punca kepada gangguan seksual. Personaliti merupakan satu konsep yang digunakan apabila menggambarkan diri seseorang. Pada umumnya, personaliti bermaksud memperihalkan ciri-ciri yang dimiliki oleh seseorang individu secara khusus seperti cara ia berfikir, bereaksi, beremosi, berpersepsi dan lain-lain yang membolehkannya dibezakan dengan orang lain. Dengan perkataan lain, personaliti memperihalkan sifat-sifat fizikal, emosi dan kognitif seseorang individu. Sehubungan dengan itu personaliti pelaku dan mangsa itu sendiri boleh menyebabkan terjadinya gejala gangguan seksual. Sebagai contohnya wanita yang digolongkan sebagai seksi lebih terdedah menjadi mangsa gangguan seksual[6]. Begitu juga pekerja wanita yang mudah menjadi mangsa gangguan seksual ialah yang masih bujang ataupun janda.

Tidak boleh disalahkan kesemuanya kepada keterampilan atau perawakan wanita yang menyebabkan berlakunya gangguan seksual. Kebanyakan aspek tingkah laku manusia mencerminkan personaliti mereka. Apabila seseorang itu bertingkah laku agreasif adalah dikatakan mempunyai personaliti agresif. Oleh yang demikian dapat kita fahami bahawa terdapat hubung kait personaliti dengan perlakuan seseorang yang melakukan tindakan yang berbentuk jenayah. Orang yang mempunyai personaliti bermasalah seperti ketagihan seks, fobia seks, dan seks maniac mempunyai tendensi yang tinggi melakukan gangguan seksual[7].

Cara-cara untuk mengatasi gangguan seksual di pejabat.

Tingkah laku gangguan seksual telah menimbulkan kemelut dalam masyarakat yang mementingkan nilai-nilai murni termasuklah masyarakat negara ini. Justeru itu, banyak pihak terutama pertubuhan wanita, kesatuan sekerja, pertubuhan hak asasi manusia, organisasi bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan antarabangsa, telah memberi reaksi positif ke atas cadangan supaya membendung masalah ini. Antara cara-cara mengatasi gangguan seksual adalah seperti berikut:

1. Menerima pakai Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual Yang Berlaku di Tempat Kerja dan mewujudkan polisi dalaman.

Melalui Kementerian Sumber Manusia, kerajaan telah mewartakan satu kod amalan yang dikenali sebagai Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual Yang Berlaku di Tempat Kerja pada 17 Ogos 1999. Pentingnya kod amalan ini adalah untuk memudahkan masyarakat memahami makna gangguan seksual dan sebagai panduan untuk mengenal tingkah laku-tingkah laku yang berbaur seksual. Di samping itu, kod amalan ini bertujuan memberi garis panduan kepada majikan bagi menubuhkan mekanisme dalaman di peringkat organisasi untuk mencegah dan membasmi gangguan seksual di tempat kerja Kod Amalan ini seharusnya diterima pakai oleh semua organisasi pekerjaan. Walaubagaimanapun, selain dari menggunapakai Kod Amalan ini, sesebuah organisasi boleh juga memperkenalkan polisi dalam menangani gejala gangguan seksual. Sesebuah organisasi boleh mengawal satu langkah penting dalam menyediakan situasi kerja yang selamat dan menyenangkan dengan cara melaksanakan polisi gangguan seksual yang utuh[8]. Polisi sebegini hendaklah ditujukan kepada semua pekerja. Sesiapa yang didapati melanggar polisi tersebut dan jika siasatan mendapati aduan adalah benar, tindakan segera mestilah diambil bagi menghentikan gangguan seksual tersebut dari terus berlaku.

2. Mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan seharian.

Gangguan seksual merupakan tingkah laku yang tidak bermoral yang mana boleh merendahkan kehormatan kedua-dua mangsa dan pelaku. Dalam memeriahkan kehidupan di alam maya ini, setiap individu lelaki dan perempuan perlu saling memelihara akhlak antara satu sama lain selaras dengan didikan dan ajaran agama. Setiap orang jangan memberi peluang dalam hatinya dan dalam getaran kalbunya walaupun sedikit kecenderungan untuk menunaikan keinginan nafsu termasuklah melakukan gangguan seksual. Dengan mengambil ajaran Islam, sekiranya dihayati dan diamalkan boleh mengelakkan berlakunya gangguan seksual. Antara ajaran dan amalan Islam yang boleh dilakukan adalah seperti memelihara aurat, mengelak daripada melakukan perbuatan bersuka-suka dan bermain-main yang boleh membinasakan akhlak dan meransang syahwat, menjaga adab pergaulan dan sebagainya. Kalaulah penegasan Islam ini dituruti oleh setiap pekerja, secara tidak langsung mereka tidak akan berkecenderungan melakukan tingkah laku gangguan seksual.

3. Memberikan pendidikan dan kesedaran tentang konsep gangguan seksual.

Berdasarkan kajian, kebanyakan laporan tentang kes gangguan seksual yang berlaku adalah disebabkan oleh kekaburan dalam mentafsir gangguan seksual itu sendiri[9]. Ini bukan sahaja berkaitan dengan pengetahuan malah lebih menjurus kepada persepsi atau tanggapan mangsa sendiri. Oleh kerana kekaburan makna gangguan seksual itu maka individu mentafsir gangguan seksual itu mengikut pendapat mereka sendiri. Oleh itu sudah semestinya wujud tanggapan dan persepsi yang berbeza di antara setiap mangsa dalam organisasi. Maka hal inilah yang akhirnya menyebabkan perlakuan gangguan seksual berterusan berlaku di tempat kerja.

Kefahaman mangsa dan pelaku tentang konsep gangguan seksual seringkali terbatas. Kebanyakan pekerja sama lelaki atau wanita beranggapan bergurau senda sambil menyentuh anggota badan yang tidak sulit adalah perkara biasa. Walau bagaimanapun bagi sesetengah pekerja wanita, mereka berasa kurang senang dengan perbuatan tersebut. Justeru itu, pihak bertanggungjawab seperti media, mangsa sendiri dan pihak berkuasa perlu perbanyakan sebaran maklumat mengenai pengertian gangguan seksual supaya semua masyarakat terutamanya pekerja industri dan organisasi memahami erti sebenar terma gangguan seksual ini. Terdapat banyak lagi kaedah yang boleh digunakan untuk menyebarkan maklumat perlakuan gangguan seksual ini seperti menggunakan poster, iklan, hebahan di televisyen dan sebagainya. Latihan kefahaman konsep gangguan seksual menerusi seminar atau bengkel-bengkel perlu diperbanyakan dan dipermudahkan kepada orang ramai menyertai supaya terma gangguan seksual ini difahami oleh semua lingkungan masyarakat.

Pendidikan merupakan satu kaedah yang terbaik membangunkan kesedaran dan meningkatkan kefahaman setiap individu terhadap masalah gangguan seksual. Kebanyakan negara maju telah memperkenalkan pendidikan seks bagi menimbulkan kesedaran kepada generasi muda mengenai gangguan seksual. Justeru itu sekolah sebagai organisasi sosial perlu menyediakan pendidikan seks ini supaya dapat menyedarkan masyarakat bermula dari bangku sekolah lagi.

Selain itu, masyarakat awam termasuk pekerja-pekerja perlu diberi pendidikan bagi tujuan menyedarkan mereka tentang pelbagai masalah gangguan seksual yang wujud. Peranan media masa, kempen-kempen pencegahan, amaran dan peringatan perlu dilakukan oleh agensi-agensi tertentu seperti Kementerian Penerangan, Kementerian Sumber Manusia, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Persatuan Wanita, NGO dan pelbagai pihak. Pendidikan kepada pihak awam ini perlu diperhebatkan dan diperluaskan supaya masyarakat lebih sensitif terhadap ancaman gangguan seksual dan seterusnya mengambil tindakan membenteras masalah gangguan seksual.

4. Menyediakan khidmat kaunseling.

Bagi menangani masalah gangguan seksual juga, kemudahan khidmat kaunseling perlu diwujudkan di setiap industri dan organisasi bagi membolehkan mangsa gangguan seksual mengadu masalah mereka dan mendapatkan bantuan pakar kaunseling. Peranan kaunseling dalam membantu dan menangani masalah gangguan seksual amat penting dalam masyarakat moden yang mana keadaan hidup dan masalah yang dihadapi begitu rumit dan tidak dapat diselesaikan dengan sendiri. Kaunselor yang profesional, mempunyai latihan dan lesen menjalankan tugas kaunselor mengenai masalah gangguan seksual perlu diwujudkan di setiap industri dan organisasi di seluruh negara. Begitu juga kaunselor Islam yang boleh menguruskan hal-hal gangguan seksual mengikut cara Islam pelu difikirkan dan dirangka dalam menyelesaikan masalah gangguan seksual.

5. Membuat aduan atau laporan kepada pihak yang berkenaan.

Bagi mencegah gangguan seksual dari terus berlaku mangsa hendaklah segera melaporkan kejadian gangguan tersebut kepada majikan atau pihak pengurusan. Jika majikan tidak mengambil sebarang tindakan atau beliau sendiri yang menganggu, minta bantuan daripada pihak lain. Dalam keadaan ini mangsa boleh membuat aduan kepada Jabatan Buruh atau buat laporan polis.

Tindakan mendiamkan diri oleh sesetengah mangsa ini mungkin ada hubungannya juga dengan kurangnya kefahaman tentang maksud konsep ini[10]. Ramai daripada mangsa masih keliru pengertian sebenarnya dan bentuk-bentuk tingkah laku bagaimanakah yang dikatakan sebagai tingkah laku gangguan seksual. Walaupun telah banyak pertubuhan terutamanya pertubuhan wanita, kesatuan sekerja dan badan kerajaan memperkatakan fenomena gangguan seksual melalui saluran media massa sama ada media elektronik ataupun media cetak, namun masih terdapat mangsa yang terdedah kepada fenomena gangguan seksual ini tidak memahami makna sebenar gangguan seksual itu . Dalam erti kata lain, mangsa tersebut tidak atau kurang mempunyai pengetahuan tentang gangguan seksual sama ada dari segi definisi, bentuk gangguan dan kategori gangguan seksual di tempat kerja.

6. Mengadakan undang-undang khusus berkaitan gangguan seksual.

Sehingga sekarang negara kita tidak mempunyai undang-undang yang khusus bagi menangani masalah gangguan seksual. Pengenalan “Kod Amalan untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja” oleh Kementerian Sumber Manusia pada tahun 1999 cuma memberi garis panduan untuk proses semakan dalaman (‘internal inguiry’). Malah setakat bulan Mac 2001, hanya 1.12% syarikat di Malaysia yang mempraktikan Kod ini[11]. Undang-undang yang sedia ada juga tidak mampu untuk menangani masalah gangguan seksual di tempat kerja secara berkesan. Satu Akta Gangguan Seksual mestilah diwujudkan bagi menangani gejala gangguan seksual ini dengan lebih baik. Undang-undang mengenai gangguan seksual mestilah mempunyai dua matlamat penting. Pertamanyan ia mestilah mengkehendaki para pekerja secara proaktif mencegah gangguan seksual dan keduanya ia haruslah menyediakan kepada mangsa satu pembelaan undang-undang.[12]

Kesimpulan

Gangguan seksual tidak boleh dipersepsikan sebagai masalah peribadi dalam sesebuah organisasi. Masalah ini tidak boleh dipandang remeh kerana ia melibatkan masa depan mangsa dan juga imej organisasi. Menangani masalah gangguan seksual adalah tanggungjawab bersama. Reformasi sosial perlu dilakukan bagi meniupkan angin perubahan terhadap peranan wanita yang dinamik dan progresif dalam masyarakat dan di tempat kerja tersebut. Ini adalah kerana wanita adalah sumber manusia yang amat penting kepada pembangunan negara dan bangsa.

Usaha perlu dibuat bagi meningkatkan nilai-nilai dan tingkah laku yang teratur dan bertanggungjawab. Nilai-nilai murni seperti nilai kemanusiaan, nilai kasih sayang, nilai moral dan etika, nilai bertanggungjawab, dan sebagainya perlu dipertingkatkan supaya perlakuan dan tingkah laku gangguan seksual tidak terus menjalar dalam masyarakat. Nilai hidup yang baik dapat memelihara masyarakat daripada melakukan gangguan seksual yang bertentangan dengan norma hidup yang perlu dipertahankan.

Bibliografi

Abdul Rahim Rashid, (2003), Gangguan Seksual : Pengurusan Tingkahlaku dan Perkembangan Gender Dalam Organisasi, Kuala Lumpur, Utusan Publication & Distribution Sdn Bhd.

Ahmad Shamsul Abdul Aziz, (2005) Undang-undang Gangguan Seksual di Malaysia, PTS Prefessional Publishing Sdn Bhd.

Cecilia Ng, (2003) A Pineering step, Sexual Harassment and the Code of Practice in Malaysia, Women’s Development Collective.

Clark, (1998) Terdapat di laman web http://www.actdirect.com/html

Hazel Houghton, James, (1995) Sexual Harassment, Cavendish Publishing Limited.

J.E. Gruber, L. Bjorn (1982). The Sexual Harassment of Women Outoworker. Sage Journals, no 9, 271-295.

Kementerian Sumber Manusia. (1999) Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja.

L. Juliana dan H. Elizabeth Doucet. (1992.) Sexual Harassment In Workplace : A Guide To Prevention. Crisp Publications, Inc Los Altos, Callifornia

Md Shah, Ishak and Ab Rahman, Hamidah and Ashari, Hapriza and Mohd Khalid, Aminah (2004) Gangguan Seksual Di Tempat Kerja: Kajian Ke Atas Mangsa Dan Pelaku Di Sekitar Johor Bahru, Johor. Project Report. Universiti Teknologi Malaysia. (Unpublished) boleh didapati di http://eprints.utm.my/2702/1/71958.pdf

Sabhita Marican (1999). Persepsi Terhadap Gangguan Seksual di Tempat Kerja Di Kalangan Pentadbir di Sektor Awam. Sintok: Universiti Utara Malaysia boleh didapati di laman web http://mgv.mim.edu.my/MMR/0106/010607.htm

Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman. Aurat: apa sudah jadi? Boleh didapati di laman web http://hikmatun.wordpress.com/2007/02/15/aurat-apa-sudah- jadi/ muat turun pada Ogos 2007

WCC Penang. (2001). A Memorandum on Proposed Sexual Harassment Bill. Boleh didapati di laman web http://www. wccpenang.org




[1] Ishak Bin Mad Shah.(2004). Gangguan seksual di tempat kerja: kajian ke atas mangsa dan pelaku di sekitar Johor Bharu, Johor. Boleh didapati di laman web http://eprints.utm.my/2702/1/71958.pdf

[2] Dansky dan Kilpatrik.(1997) boleh didapati di laman web http://findarticles.com/p/articles/

mi_m2294/is_1- 2_53/ai_n15975466

[3] J.E. Gruber, L. Bjorn (1982). The Sexual Harassment of Women Outworker. Sage Journals, no 3, 271-298

[4] L. Juliana dan H. Elizabeth Doucet. (1992.) Sexual Harassment In Workplace : A guide to prevention. Crisp Publications, Inc Los Altos, Callifornia

[5] Abd. Rahim Abd. Rashid. (2003.) Gangguan seksual: pengurusan tingkah laku dan perkembangan Gender Dalam Organisasi. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

[6] Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman. Aurat: apa sudah jadi? Boleh didapati di laman web http://hikmatun.wordpress.com/2007/02/15/aurat-apa-sudah-jadi/ muat turun pada Ogos 2007

[7] Abd. Rahim Abd. Rashid. (2003.) Gangguan seksual: pengurusan tingkah laku dan perkembangan Gender Dalam Organisasi. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

[8] L. Juliana dan H. Elizabeth Doucet. (1992). Sexual Harassment In Workplace: A guide to prevention.

[9] Sabhita Marican (1999). Persepsi Terhadap Gangguan Seksual di Tempat Kerja Di Kalangan Pentadbir di Sektor Awam. Sintok: Universiti Utara Malaysia

[10] Sabhita Marican (1999). Persepsi Terhadap Gangguan Seksual di Tempat Kerja Di Kalangan Pentadbir di Sektor Awam. Sintok: Universiti Utara Malaysia

[12] WCC Penang. (2001). A Memorandum on Proposed Sexual Harassment Bill. Boleh didapati di laman web http://www. wccpenang.org